Kelas Penyelenggaraan Komputer
4 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 3 Februari 2019, Pusat Internet Gong Kulim telah mengadakan kelas penyelenggaraan komputer kepada ahli PI Gong Kulim seramai 4 orang. Di dalam kelas ini, mereka diberi pengenalan berkaitan peggunaan tetikus dan juga fungsi simbol yang terdapat di papan kekunci. Kelas ini berlangsung selama tiga jam iaitu pada bermula pada pukul 10 pagi sehingga pukul 1.00 tengahari.
Kelebihan menyertai kelas penyelenggaran komputer ialah pelajar dapat memanfaatkan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet dengan perkara yang bermanfaat. Pelajar juga dapat menerokai dunia ICT dengan lebih meluas dengan adanya kelas- kelas seperti ini. Pelajar juga dapat mengisi masa lapang atau hujung minggu mereka dengan perkara yang berfaedah. Dengan adanya kelas seperti ini, dapat membantu melahirkan generasi muda yang celik IT. Selain daripada itu, pelajar juga akan didedahkan berkaitan Advokasi antaranya Klik Dengan Bijak (KDB), eWaste, eKelas, Check Your Label dan sebagainya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: